Thursday, October 18, 2012

EFFECT CUCUK PREGNYL

After done with Clomid for 5 days, on day 12 or 13 pergi buat TVS check kewujudan ovum di ovari.

Macam entry sebelum ini, dalam ovari aku wujud ovums. Alhamdulillah. Tapi kena pastikan ovum-ovum tersebut saiznya minimun adalah 18mm. Kalau kurang, mungkin doktor akan suruh datang hari lain untuk check. Ada sesetengah orang, ovumnya tidak membesar mengikut tempoh yang ditetapkan. Aku rasa aku macam tu jugak sebab cycle period aku lebih dari 28 hari and can exceed to 35 days. Cuma, kali ni bertuah dan awal dengan bantuan clomid.

Ada jugak orang yang ovumnya macam bentuk mutiara dan sangat banyak. Itu suspected PCOS. Salah satu punca masalah kesuburan.

Jadi, untuk menetaskan ovum-ovum tu keluar dari ovari, doktor telah menyucukkan Pregnyl. Dos dia aku tak pasti sebab lupa nak tanya doktor.

Selepas 36 jam mesti bersama dengan suami. Dengan suami sahaja ok, jangan dengan orang lain. Berdosa besar tu.

Antara kesan-kesan yang aku rasa dalam tempoh nak ke 36 jam dan seterusnya adalah :

1. Perut rasa bloated sangat-sangat.
2. Sakit di ari-ari. Sakit sangat-sangat.
3. Rasa sakit sangat di ovari kiri dan kanan.
4. Bukan sakit je, lenguh pun ya. Pinggang dan ari-ari.
5. Sehari lepas 36 jam, pegang kulit perut pun rasa ngilu.

Pendek kata, memang tak selesa la. Tapi aku ni jenis tahan sakit. So, aktiviti harian seperti biasa. Dah la lasak. Kalau yang jenis tak tahan sakit tu, maunya bedrest sahaja sebab memang SAKIT.

No comments:

Post a Comment