Saturday, December 1, 2012

USAHA

Antara usaha aku untuk sebagai TTC-an.

3 months after marriage aku ada buat check up kat Wisma Maria, JB. Masa tu CD8 rasanya. So, doktor scan dan buat segala analisis, doktor sahkan aku boleh pregnant.

Kos : RM150 termasuk pap smear,

Alhamdulillah. Syukur.

Dan teruskan kehidupan sebagai suami isteri yang berjauhan kembali. We met only on school holiday. Terseksa zahir dan batin ok. Kadang-kadang tu benda kecil pun nak sensitif berlebihan. Cemburu tu mmg ada.

Masa tu dah set dalam kepala kalau orang tanya kenapa masih belum bertiga? Alasannya JAUH.

2012 buka lembaran baru untuk kami. Selepas setahun tidak tinggal sebumbung, akhirnya dapatlah tinggal sebumbung. Walaupun husband terpaksa berulang alik jauh, on the other side, he got a lot of priority. :)

Dah nak penghujung 2012 pun aku masih belum "berisi". Adik-adik sendiri dah siap bersalin, dan mengandung kali kedua. Biras dan adik ipar pun macam tu jugak. Kami? Masih berdua. Frust dan sedih juga. Tertanya-tanya apatah lagik.

Dalam bulan September tu aku pergi berurut. Makcik tu cakap rahim aku terkedalam. Boleh dapat anak tapi lambat. Bukanlah aku gelojoh sangat nak anak tu. Tapi memikirkan tentang umur kami suami isteri yang makin meningkat.

Selesai berurut bincang dengan husband untuk jumpa Gynea. So we find and choose one of Gynea in Miri. Dia bagi makan clomid dan suntikan untuk mengeluarkan telor.

Aku makan clomid dua cycle tapi usaha masih juga gagal.

Kos rawatan dalam tahun 2012 adalah...

Berurut : RM50
Appointment 1 : RM150 ( RM120 consultation + RM30 for clomid)
Appointment 2 : RM310 ( RM120 consultation + RM160 for injection + RM30 for clomid next cycle)
Appointment 3 : RM310 ( RM120 consultation + RM160 for injection + RM30 for clomid next cycle)

Dua cycle tak berjaya, I stop clomid by my own.

Lepas aku buat research online, bacaan dan call LPPKN. Make sense jugak bila diorang cakap, selalunya buat HSG test dulu dan segala jenis check up untuk tahu tahap kesihatan bakal ibu. Tapi aku ni terus makan clomid dan terus menunggu. Aku rasa tak make sense sbb aku rasa wasted. Dr awal jumpa Gynea lagi aku dah mengadu kat husband pasal nak buat HSG dulu tu. Tapi husband cakap, dia doktor dia tau. Apepe kena la ikut prosedur.

Aku pun ikut ajela.

Apepepun, aku nekad nak buat HSG test ataupun  laparoscopy.

Balik semenanjung, cuba call sesiapa yang patut.Malangnya LPPKN tak dapat nak handle our case sebab kitorang kejap je kat semenanjung. And derang suggest pergi buat kat hospital government. Takpa lambat, asalkan diorg boleh monitor and dekat dengan tempat tinggal.

Untuk yang ini, I salute LPPKN sebab banyak membantu dan beri info. At least, they convince me to go to government hospital with a valid reason.

Since LPPKN tak dapat nak buat HSG juga sebab diorg ikut prosedur. Lagipun aku faham, diorg banyak patient. Takkan nak layan aku sorang je kan.... Akhirnya me and husband decide pergi private hopsital KPJ.

Jumpa Dc. Mohan.

He said, kalau aku datang awal dia nak suggest buat IUI terus. Tapi dia bagi another option which are HSG Test or Laporascopy.

Bercahaya la mata aku ni sebab itu yang aku nak. Before clomid, IUI dan segala mak nenek rawatan. I want to check my own condition walaupun mak bidan semua kata rahim aku ok. Its just about time katanya. Allah masih belum beri rezeki tapi dia beri rezeki kat tempat lain.....

On that day pun dah kena RM155 for consultation and scanning.

So, my next appointment with Gynea at KPJ will be on 4th December for HSG Test. Orang cakap sakit. Ada yang cakap tak sakit... tapi aku berharap aku kuat dan dapat menahan kesakitan itu. Doakan semuanya dalam keadaan baik....