Saturday, October 27, 2012

CD2 : CLOMID DAY 1

Seperti yang di jangka, dapatlah beritahu mrhusband di dalam kegelapan. Haha!

Ok. Itu sensored.

Bukan apa, perasaan kecewa dan sedih adalah perasaan yang paling aku tak suka nak hadapi bersama suami. Aku pun tak suka nak tengok mrhusband kecewa dan sedih. Sebab aku tau waktu bila dia dalam keadaan begitu. Kalau lama dia bertapa dalam bilik solat. Lama dia menelaah kitab-kitabnya. Pelbagai buku tauladan dan panduan agama yang dia baca. Antara sebab adalah untuk mengubat hatinya yang gundah.

Beritahu dalam gelap, tgh mamai-mamai. Takde la perasaan sangat kan?

Bila aku tanya nak continue clomid ke tak masa malam sebelum aku telan clomid cycle 2, day 1. Ni jawapan dia.

"U rasa nak I continue ke makan ubat tu? Kita cuba lagi nak?"

"Terpulang u lah..."

Kalau ikut aku, aku nak cuba lagi. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Cuma I wont take clomid more than 3 cycle berturut-turut.

Kegagalan kali ini aku rasa banyak faktor terutama yang melibatkan kedudukan rahim aku. My mom dah pesan jangan banyak gerak. Tapi kalau tak bergerak, macammanalah? Itupun aku dah usaha limitkan my movement. Banyak benda aku kawal sampai ada yang tak terkawal. Tambah dengan hari sukan 2 hari di stadium dan padang sekolah. Melompat-lompat sana sini menyokong anak murid. Eh, macam-macamlah. Angkat benda berat tak payah cakap lah.

Faktor-faktor lain tu InsyaAllah dapat diatasi.

Aku insist nak cuba cycle ke 2 sebab dalam cycle period yang kali ini, waktu-waktu subur jatuh pada hari-hari terakhir persekolahan. Dan lepas tu cuti yang amat panjang dan dapatlah aku berehat sepuas-puasnya di rumah.

Takpelah. Inikan salah satu usaha disamping berdoa kepadanya.

Cuma doakan untuk kami agar memperolehi zuriat yang soleh dan solehah.

Friday, October 26, 2012

PENGORBANAN

Selamat Hari Raya Qurban.

Hari ni memang betul-betul terkorban perasaan. Melatih jiwa ini agar menjadi lebih kuat dan kental. Belajar tidak untuk putus asa. Pernah seseorang bercakap, aku selalu dapat apa yang aku nak. Jadi aku fikirkan, mungkin kali ini Allah mengajar aku untuk berusaha dengan lebih gigih.

Bangun pagi tadi, langit luar sudah cerah.

Sengaja matikan alarm clock kejut bangun subuh. Salah sendiri.

Terkejut, berlari ke dapor, mrhusband tengah busy memasak juadah.

"You dah ok ke? Sakit lagi?"

"Dah semayang belum?"

Terus patah balik ke bilik, masuk bilik air dan menguruskan diri untuk solat subuh gajah.

Buang air, berus gigi. Tetiba kepala tertoleh ke toilet bowl.

Darah!

Misi gagal ngam-ngam di hari ke 28. Tepat-tepat tamatnya 2WW.

Terus raba nipple. Dah tak sakit macam sebelum ni. Hancur.

Harapan hancur berkecai bersama persoalan.

"Adakah clomid ini membantu untuk atur cycle period bagi betul-betul 28 days ek?"

Selalunya aku akan period di hari ke 30++.

Belum beritahu mrhusband. Kalau dia raba-raba malam ni, boleh la beritahu. Tapi dia tak sihat, jadi risiko rendah la untuk raba-raba. Kalau takde apepe yang berlaku mlm ni, esok mesti beritahu mrhusband dan discuss...

"Should I continue with Clomid atau rest for a month?"

Friday, October 19, 2012

2WW

2WW - 2 weeks wait.

Tu maksud dia. Apa yang 2 weeks wait tu? Ye, sebuah penantian.

Penantian itu satu penyiksaan ok.

19 Oktober 2012, aku dah lepas 1WW. So, another 1WW untuk dilalui. Haih, lambatnya masa berlalu. Nak tunggu period ke tak. Kalau tak period, adalah harapan. Kalau period, harapan menjadi layulah maknanya.

Ada orang cakap, dalam tempoh 2WW tu tak boleh lasak-lasak dan berganas-ganas. ML pun tak boleh.

ML tu apa? Make Love la! Tu pun nak kena bagitau ke?

Jalan kena slow-slow, makan kena jaga, pendek kata masa keadaan orang early pregnancy lah. Tapi aku? Niat memang nak berjaga-jaga. Tapi bila kau jadi cikgu dengan bangunan sekolah yang sampai 4 tingkat. Tambah lagi dengan laptop nak kena bawak hari-hari sebab segalanya sekarang ini dihujung jari. Maklumlah, MALAYSIA BOLEH. Korang ingat, aku mampu ke nak bersopan santun, tidak membawa benda berat dan memanjakan diri sebolehnya?

Lagi satu. LAMBAT!

Kat rumah boleh la nak bermanja sikit-sikit. Tu pun aku dah vacum satu rumah dan buat apepe yang patut. Lagipun, doktor tak advice apepe pun hari tu. Jadi, tak boleh gak nak salahkan mrhusband kan. Selama ni pun, memang aku buat je keje-keje tu macam biasa.

Masa 1WW, sakit kat ari-ari. Kat ovari and perut rasa bloated. Macam masuk angin. Asyikla nak terkentut. Lately ni kuat sangat makan. Nipple sangat sensitive.

Tu je buat masa ini. Nak bersiap ke sekolah dah.

Nanti aku sambung when I am free.

Thursday, October 18, 2012

EFFECT CUCUK PREGNYL

After done with Clomid for 5 days, on day 12 or 13 pergi buat TVS check kewujudan ovum di ovari.

Macam entry sebelum ini, dalam ovari aku wujud ovums. Alhamdulillah. Tapi kena pastikan ovum-ovum tersebut saiznya minimun adalah 18mm. Kalau kurang, mungkin doktor akan suruh datang hari lain untuk check. Ada sesetengah orang, ovumnya tidak membesar mengikut tempoh yang ditetapkan. Aku rasa aku macam tu jugak sebab cycle period aku lebih dari 28 hari and can exceed to 35 days. Cuma, kali ni bertuah dan awal dengan bantuan clomid.

Ada jugak orang yang ovumnya macam bentuk mutiara dan sangat banyak. Itu suspected PCOS. Salah satu punca masalah kesuburan.

Jadi, untuk menetaskan ovum-ovum tu keluar dari ovari, doktor telah menyucukkan Pregnyl. Dos dia aku tak pasti sebab lupa nak tanya doktor.

Selepas 36 jam mesti bersama dengan suami. Dengan suami sahaja ok, jangan dengan orang lain. Berdosa besar tu.

Antara kesan-kesan yang aku rasa dalam tempoh nak ke 36 jam dan seterusnya adalah :

1. Perut rasa bloated sangat-sangat.
2. Sakit di ari-ari. Sakit sangat-sangat.
3. Rasa sakit sangat di ovari kiri dan kanan.
4. Bukan sakit je, lenguh pun ya. Pinggang dan ari-ari.
5. Sehari lepas 36 jam, pegang kulit perut pun rasa ngilu.

Pendek kata, memang tak selesa la. Tapi aku ni jenis tahan sakit. So, aktiviti harian seperti biasa. Dah la lasak. Kalau yang jenis tak tahan sakit tu, maunya bedrest sahaja sebab memang SAKIT.

Wednesday, October 17, 2012

MAMA ABAH

Aku mimpi. Mimpi kejap and satu-satunya mimpi malam tu.

On the next day after 36 hours.

Kitorang ada baby. Comel and very healthy. Dah dipakai romper warna putih yang suci murni. Dah besar dah pun sebenarnya. Dah boleh membebel-bebel berbual dengan kita.

Baby boy!

He called me Mama.

Lepas tu, aku nak tunjuk mrhusband kat dia, ala-ala mengacah nak bagi kat abah dia la. Sambil-sambil tu aku cakap,

"Sapa tu?"

"Mama abah"...

Then, mimpi tu hilang.......................

Monday, October 15, 2012

SENSITIF KAH?

Memang selalu terasa hati dengan ayat-ayat menusuk kalbu dari rakan-rakan sekerja. Sebab bukan ku pinta begini takdirnya. Semuanya kan urusan Allah SWT. Ada sebab kenapa Dia tentukan kejadian sebegini dan sebegitu rupa.

Dia takut, kalau dia beri aku tidak mampu nak hadapi walaupun aku kata aku mampu. Dia je tahu apa yang akan berlaku dan aku anggap dia nak aku betul-betul ready.

Sebenarnya hati aku terguris kalau ada orang cakap,

"Teh, kau yang berusaha... orang lain yang muntah-muntah, mual-mual..."

Nak cakap aku ni berusaha tak berjaya je manjang, tapi org lain tak berusaha, pastu tak nak pulak tu.... maka berjaya? Kira nak cakap aku ni tak subur la?

" Saya subur ni. Kalau nak, bila-bila boleh dapat. Saya senang lekat... Tapi tak nak lagila, anak kecik lagi..."

Yerla. Memang la ko senang lekat. Tapi anak ko kan baru sorang. Please read a lot on fertility articles. Tak semestinya ko mengandung yang pertama tu senang dan mudah, yang seterusnya senang nak dapat. Aku bukan nak mengata, cuma jangan riak dengan kelebihan diri masing-masing.

Adakah normal untuk berperasaan sebegini?

Rasa macam tak baik sangat nak berperasaan macam ni. Tapi, kalau ada yang pregnant tu aku tumpang gembira. Cuma, bila nak kuar ayat ala-ala perli and buat aku sentap tu tak sesuai la kot.....

Thursday, October 11, 2012

FEMME VITA


In order to conceive, aku consume jugak pelbagai produk dari catalyst. Antaranya Virgin Coconut Oil and Femme Vita.

Alhamdulillah, effect Femme Vita terhadap badan aku sangat baik.

Dalam lebih seminggu consume Femme Vita, aku period. Dan keadaan period aku adalah sangat mengejutkan sebab yang keluarnya darah berwarna hitam dan berlendir. Sorry kalau my word is so disgusting tapi itulah realitinya. Aku susah hati juga tapi aku kuatkan hati dengan memberitahu itu semua darah kotor dan benda-benda tak elok yang berkumpul dalam sistem peranakan aku.

So far, semua produk catalyst berkesan untuk aku termasuk VCO, Collagen dan sebagainya. Jerawat yang membengkak sebelum ni pon dah surut. Yang tinggal hanya kesan parut....

Sabar. Tak semudah yang disangka untuk kelihatan cantik kan?

DAY 13

Semalam adalah hari ke 13, dan sudah tiba masanya untuk check up seterusnya. Nak check sama ada clomid tu memberi kesan ke tidak terhadap pengeluaran ovum aku.

Siapa yang tak berdebar?

Aku sangat berdebar. Banyak sangat baca pengalaman orang kan. Tak semua berjaya with clomids. Tak semua ovari beri tindakbalas terhadap kehadiran clomid.

Dan yang paling aku risaukan kalau betul-betul aku ada PCOS.

Doktor Lee memang best. Seriously terhibur dengan layanan dia. Supportive sangat.

So, here is my result on TVS. 

TVS stand for Trans Vaginal Scan. Masuk camera ikut tutt. Tak sakit sangat pon sebab masa tu lebih teruja nak tengok my own progress.

Dan inilah hasilnya......................


I have three healthy ovum. One on my right and the other two on my left. Masa doktor scan tu dia cakap,

"Ok, dah ada satu telor. Kita tengok sebelah kiri pulak. Eh, ada dua telor...."

Teruja sangat-sangat. Terus tanya tentang saiz.

"Saiz dia ok ke doktor? Berapa?"

"Ok." Sambil ukur saiz.

I have three eggs yang average bersaiz 20mm. Alhamdulillah. Cuma tak menetas je lagi. Tapi tetiba terfikir kalau-kalau ada yang termenetas awal. Hahaha... sempat lagi berangan.

"Saya bagi kamu injection untuk menetaskan telor....kemudian mesti bersama dalam tempoh 36 jam.."

Pukul 3 pagi. Kitorang ok je sebab kitorang je yang tau situasi sebenar.

Doktor terangkan berapa kali dan sebagainya siap usik mrhusband lagik tu. Klakar la Doktor Lee tu. Memang recommendation la untuk sapa2 di Miri yang ada masalah kesuburan.

Paling best doktor cakap.

"Kalau dapat kembar, belanja saya teh tarik!"

Teh tarik je doktor?. Saya rasa nak belanja lebih dari tu kalau betul kami dapat anak kembar dua atau tiga.

Ya, Allah! Makbulkanlah doa kami ini.

Tiada apa lagi yang lebih menggembirakan saat itu bila tengok diri sendiri mampu menghasilkan ovum. Seriously, selama ini aku selalu memikirkan kekurangannya adalah dari aku. Lagi-lagi I got pressure from the in laws side. Walaupun jarang mereka sebut, tapi I really can feel it.

Alhamdulillah juga, husband cooperate well with me. Sama-sama berusaha dan cari jalan. Sebenarnya dapat anak seorang pon dah cukup bersyukur eventhough I wish for more babiessssssss.......

Tuesday, October 9, 2012

AMALAN UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT


Amalan pertama
 
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
  • Baca Bismillah 1 kali.
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
  • Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
  • Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
  • Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
  • Suami berpuasa 3 hari dan baca 21 kali Ya Mushowwir sewaktu berbuka puasa  manakala Isteri berpuasa 7 hari dan berzikir Ya Mushowwir ketika berpuasa. Insya'allah keluarga yang belum memiliki anak akan dikurniakan anak. Insya'allah.
Dari aspek pemakanan pulak, ada juga beberapa tips yang diberikan oleh mereka-mereka yang TTC dan akhirnya berjaya conceive. Everyday and every free time, aku selalu search and read articles or blog dr mereka2 yang berjaya as my motivation.

Antara tips pemakanan

  • Avoid nescafee dan minuman berkafein.
  • Minum susu kambing bersama kurma. (ada jual yang instant iaitu produk dari HPA)

Susu kambing HPA tu aku ada beli, tapi tak dapat nak masuk. Akhirnya, aku beli kopi susu kambing dan spirulina. Tapi kopi kan.... Lepas ni, mesti juga paksa diri untuk minum.

  • Evening Primrose Oil dan Fish Oil. (Tapi aku tengah consume Virgin Coconut Oil. Sama tema tak? Hehe)
  • Folic Acid untuk menguatkan rahim.

Tu antara yang aku ingat. If ingat lagi, akan tu tambah. 





Hari ni hari ke 13. Nak pergi scan telur. Takutnya.... takut kalau betul-betul ada PCOS. Berdoa dan berharap that I will have a lot of healthy eggs after telan drugs bernama CLOMID.



Monday, October 1, 2012

CLOMID DAY 1 - 29 OKTOBER 2012

Nurse kat MCMC nasihatkan aku ambil Clomid at nite before sleep sebab kesannya akan sakit kepala atau mengantuk selepas makan. Kalau makan siang, it will effect my workdays.

Untuk hari pertama aku makan tu sebenarnya memang aku tengah sakit kepala. Makan pon tak berapa selera. Masuk angin sebab makan gulai umbut apataktaulah.

Lepas makan Clomid at 8 pm, golek-golek kejap atas katil terus zasst. Selamatlah diriku ke peraduan. Nyenyak sangat kot sampai mimpi bermacam2 siri.

Pagi esoknya, tunggu jugak kalau ada mood swing yang berlaku. But, nadaaaaaaaaaaa.... tidak mood swing nampaknya. Tapi macam rajin lah nak buat itu ini. Pagi-pagi dah masak lempeng dan kari daging. Pastu vacuum rumah, pastu cuci kereta, pastu tak tau nak buat apa dah. Onlinelah.Dah online pi keluar jalan dengan itu chenta hati.

Cuma ada la macam sentap2 sket. Tapi cakap sorang-sorang dalam hati pastu busy buat benda lain. Haha. Tu pun sebab yang sama. Sebab tak suka cara husband ajak keluar and geram sebab dia suuuuka sangat konker TV. Dah la asyik tukar-tukar channel. Pening kepala mak ni ok....

Sebenarnya, I am very happy with myself sebab sejak akhir-akhir ni berjaya mengawal emosi. Maknanya, I can accept my life and follow with the flows. Pastu malas nak fikir lebih-lebih. Merungut tu mmg ada but its all about workloadssss.

Berbalik kepada Clomid day 1.

Positif feedback sebab so far dalam keadaan baik kerana tiada siri mengamuk tak puas hati kat husband. Siap boleh nyanyi-nyanyi di mana sahaja. Alhamdulillah, Allah granted my wish. Semoga ini jalannya dan Allah perkenankan permintaan hambaNya ini.

Amin.