Monday, November 26, 2012

NATURALLY

My second cycle of clomid. Failed.

Frustrated?

Tak jugak sebab dah kira-kira dan dah ready. Sehari sebelum due dah bagitau husband cepat2. Hehe. So, ngam-ngam 28 days terus period.

So, for the time being aku stop sementara waktu clomid. I decided untuk cuba conceive naturally.

Why naturally?

Sbb aku mula yakin dan percaya serta sedar, rezeki itu dari Allah SWT. Jika Allah SWT kata belum, maka belumlah. Setelah bermuhasabah diri, berfikir panjang, menilai diri, ingat balik setiap rawatan yang telah diusahakan, this is my decision. Tapi tak sure sampai bila. Cuma, kalau boleh aku nak buat HSG to check my tube condition. Untuk kepuasan hati.

Selain tu, aku ada berurut dengan seorang bidan di kampung abah aku. Sebelum mengurut banyak yang diceramahkan oleh makcik tu. Most of it, berkaitan dengan Islam dan ingatan kita terhadap Allah. Makcik pesan supaya aku muhasabah diri. Makcik cerita macam-macam tentang kekuasaan Allah. Makcik juga cakap, mungkin ada banyak sebab dan hikmah Allah belum beri aku rezeki zuriat, sedangkan rezeki yang melimpah ruah dia beri kat aku pada bahagian lain. Makcik juga beritahu, zuriat yang baik, Allah beri hasil dari kasih sayang yang mendalam. Makcik juga pesan, segala yang tak baik, yang buruk dan yang panas-panas hati tu sila buang.

Dari semua yang makcik cerita dan pesan tu lah aku mula berfikir panjang. Allah. Ini semua kerja Allah. Cuma aku lega sebab at least aku ada usaha. At least aku tahu my condition.

Yang menariknya, makcik tu cakap sistem peranakan aku normal dan dalam keadaan baik. Nafsu pun makcik tu kata ok. Amek kau... nafsu tu pun makcik tu tau ok! Haha. Lagi satu, dia tak sebut pun pasal RU. Aku tunggu-tunggu juga ayat dia, sampai aku sendiri tanya tentang keadaan sistem peranakan aku. Makcik tu cakap takde apa, semua ok. Cuma Allah belum nak bagi.

Masa tu, leganya tak dapat nak digambarkan. Aku tahu aku boleh conceive. Aku subur sebab belum ada lagi laporan penyakit kronik yang menganggu sistem peranakan aku selama ku buat rawatan.

Syukur Alhamdulillah.

Positive mind is the key word.

Yakin dan percaya dengan Allah.

Saturday, November 10, 2012

TVS ON 2ND CYCLE

Hasil TVS mendapati ada dua ovum matang di ovari sebelah kanan.

Nampaknya ovari kiri tidak bekerja untuk cycle kali ni.

Usaha dan terus berusaha.

Alhamdulillah dah cuti sekolah. I really cant wait to go back to my hometown. Harapan untuk cycle kedua ni berjayalah, tapi being me, still think of back up plan. Balik ni memang nak sangat-sangat terus pergi LPPKN untuk buat full check-up. Kalau doktor suruh proceed with IUI pun I dont mind since the cost masih dalam budget yang sesuai. Around 1K+.

Kalau orang beritahu kenapa aku sanggup spend sebanyak tu? Because I want my own child with my beloved husband.

Tak nak husband kesunyian tidur sepanjang hari. Nak bagi dia merasa tengok dan menjaga anak sendiri.

Actually aku nak check jugak kalau tube fallopio aku ni tersumbat ke tak. Sebab ovari memang menghasilkan ovum, tapi kenapa sperm tak jumpa-jumpa lagi kekasih hati dia tu....

Hari tu dah tanya specialist kat Miri ni. Cost untuk HSG sahaja dah mencecah RM650 sedangkan yang aku baca-baca pengalaman orang lain, it cost RM200 je pun kat private hospital. Sebab kat semenanjung banyak pilihan kan?

Takpela. We'll see next.

Monday, November 5, 2012

RAHSIA

Rahsia aku pecah.

Ramai je tau aku pergi jumpa doktor pakar sakit puan tu. Memang aku yang bagitau aku pergi MCMC tapi tak perlu la kot kan bagitau semua orang tujuan aku pergi tu sebab apa.

Somehow, kecik hati jugak. Tapi abaikan.

Disebabkan itu, sampai ada orang tanya kenapa aku kena pergi?

"Yerla... sebab dia kan nak mengandung............."

Huh! Nangis lagi dalam hati. Senyum pahit.

Sedih. Sedih. Sedih. Rasa kerdil sangat diri ini. Rasa macam susah nya nak cari orang yang boleh kita trust dan tempat untuk kita mengadu segala.

"Kau tu normal cuma belum ada rezeki je lagik...."

Alhamdulillah, setakat aku jumpa doktor ni semua dalam keadaan baik kecuali kedudukan rahim yang tak sama macam orang lain. Kedudukan rahim yang perlukan sperm penuh tenaga dan berenang dengan amat laju sekali. Nasib aku tak sama macam orang lain yang senang. Minta je dapat. Minta je dapat. 

Kangkang je jadi baby. Kangkang je jadi baby.

Sorry for the harsh words tapi sebab hati terluka sangat.

Lagi sebab aku pergi jumpa doktor because I care about myself. Sedar wanita ni banyak risiko. Di samping usaha untuk pregnancy, aku juga buat check up untuk segala penyakit berisiko bagi wanita. Mencegah lebih baik dari mengubati kan?

Dulu, ada doktor diagnose aku ada cyst. Tapi cyst tu bersifat sementara. Bila aku period, dia akan keluar bersama period tu. Alhamdulillah tak serius dan at least aku tahu my condition. Masa tu pun period sangat tak teratur. Cycle kadang-kadang sampai 50 hari. Alhamdulillah sekarang ni dah normal cuma sekali je masa cuti sekolah hujung tahun lepas tak period langsung. Sekali, sampai ke Miri terus period. Kecewa masa tu. Biasalah, menaruh harapan tu dah pasti. Hehe.

Oklah. Hari ni CD12. Time to see Doctor Lee.

Semoga ada telor yang sihat untuk berjumpa dengan sperm. Mrhusband tu pun dok pulun simpan sperm. Eksyen dia dua tiga malam ni. Hehehehehehehe...............


Sunday, November 4, 2012

TERCABAR

My good friend get pregnant and it was a plan pregnancy.

I was too excited of course.

Tapi, tetiba rasa down bila satu hari sesuatu kejadian menusuk kalbu berlaku.

Aku dah selesai solat dan dalam masa yang sama datang seorang kawan ni. Tengah aku bersiap-siap nak keluar, dia pula tengah memakai telekung dan bersuara.

"Betul dot dot dot pregnant. Masin mulut kita."

Aku ye kan aje.

Selama ni pun aku and my good friend dah discuss about this and I know she will get pregnant dengan izin Allah.

Melangkah je aku keluar dari pintu, dia cakap lagik.

"TERCABAR TAK?"

Berdentum guruh di langit. Menangis hati ini. Rasa down sangat lepas tu. Tak perlu kot gunakan ayat tu untuk aku. Aku nak tercabar dengan my own good friend buat apa?. Pregnancy bukan satu perlumbaan walaupun aku antara yang berusaha. Walaubagaimanapun, segalanya atas kehendak dan izin Allah jua adanya.

Aku selalu percaya. Tahun ni belum rezeki aku untuk menerima cahaya mata. Tetapi Allah beri aku pelbagai ganjaran, kemudahan, kemewahan dalam setiap nafas aku di bumi ini. Dia murahkan rezeki aku dengan benda lain.

Actually sampai ke hari ini rasa sentap tu masih ada.

Sabar. Sabar. Sabar.

Aku tak rasa tercabar, aku nak pregnant sebab aku memang nak ada zuriat sendiri. Titik.

Thursday, November 1, 2012

FINAL DAY CLOMID CYCLE 2

Akhirnya selesai dah proses makan ubat tiap-tiap malam. Malam tadi lah yang malam terakhirnya.

Apa yang aku perasaan bila makan clomid ni, cycle period aku jadi singkat. 6 hari je dah clear. Kalau tak, dalam 8-10 hari.

This time makan clomid pun tidak ada apepe effect. Tidak sakit kepala, mahupun mood swing. Cuma ada la past few days geram kat mrhusband. Hehe. Biasalah kan?

So, my next appointment dengan Doc. Lee will be on Tuesday. Kita tengok ajer la nnt ada telur ke takde telur? I wish ada. I wish juga tetiba doktor kata, u pregnant la.... Blood yang keluar tu adalah biasa. Bestnya berangan kan.

Er. Orang pregnant bole ke makan Clomid?