Tuesday, October 9, 2012

AMALAN UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT


Amalan pertama
 
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
  • Baca Bismillah 1 kali.
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
  • Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
  • Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
  • Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
  • Suami berpuasa 3 hari dan baca 21 kali Ya Mushowwir sewaktu berbuka puasa  manakala Isteri berpuasa 7 hari dan berzikir Ya Mushowwir ketika berpuasa. Insya'allah keluarga yang belum memiliki anak akan dikurniakan anak. Insya'allah.
Dari aspek pemakanan pulak, ada juga beberapa tips yang diberikan oleh mereka-mereka yang TTC dan akhirnya berjaya conceive. Everyday and every free time, aku selalu search and read articles or blog dr mereka2 yang berjaya as my motivation.

Antara tips pemakanan

  • Avoid nescafee dan minuman berkafein.
  • Minum susu kambing bersama kurma. (ada jual yang instant iaitu produk dari HPA)

Susu kambing HPA tu aku ada beli, tapi tak dapat nak masuk. Akhirnya, aku beli kopi susu kambing dan spirulina. Tapi kopi kan.... Lepas ni, mesti juga paksa diri untuk minum.

  • Evening Primrose Oil dan Fish Oil. (Tapi aku tengah consume Virgin Coconut Oil. Sama tema tak? Hehe)
  • Folic Acid untuk menguatkan rahim.

Tu antara yang aku ingat. If ingat lagi, akan tu tambah. 





Hari ni hari ke 13. Nak pergi scan telur. Takutnya.... takut kalau betul-betul ada PCOS. Berdoa dan berharap that I will have a lot of healthy eggs after telan drugs bernama CLOMID.



No comments:

Post a Comment