Saturday, October 27, 2012

CD2 : CLOMID DAY 1

Seperti yang di jangka, dapatlah beritahu mrhusband di dalam kegelapan. Haha!

Ok. Itu sensored.

Bukan apa, perasaan kecewa dan sedih adalah perasaan yang paling aku tak suka nak hadapi bersama suami. Aku pun tak suka nak tengok mrhusband kecewa dan sedih. Sebab aku tau waktu bila dia dalam keadaan begitu. Kalau lama dia bertapa dalam bilik solat. Lama dia menelaah kitab-kitabnya. Pelbagai buku tauladan dan panduan agama yang dia baca. Antara sebab adalah untuk mengubat hatinya yang gundah.

Beritahu dalam gelap, tgh mamai-mamai. Takde la perasaan sangat kan?

Bila aku tanya nak continue clomid ke tak masa malam sebelum aku telan clomid cycle 2, day 1. Ni jawapan dia.

"U rasa nak I continue ke makan ubat tu? Kita cuba lagi nak?"

"Terpulang u lah..."

Kalau ikut aku, aku nak cuba lagi. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Cuma I wont take clomid more than 3 cycle berturut-turut.

Kegagalan kali ini aku rasa banyak faktor terutama yang melibatkan kedudukan rahim aku. My mom dah pesan jangan banyak gerak. Tapi kalau tak bergerak, macammanalah? Itupun aku dah usaha limitkan my movement. Banyak benda aku kawal sampai ada yang tak terkawal. Tambah dengan hari sukan 2 hari di stadium dan padang sekolah. Melompat-lompat sana sini menyokong anak murid. Eh, macam-macamlah. Angkat benda berat tak payah cakap lah.

Faktor-faktor lain tu InsyaAllah dapat diatasi.

Aku insist nak cuba cycle ke 2 sebab dalam cycle period yang kali ini, waktu-waktu subur jatuh pada hari-hari terakhir persekolahan. Dan lepas tu cuti yang amat panjang dan dapatlah aku berehat sepuas-puasnya di rumah.

Takpelah. Inikan salah satu usaha disamping berdoa kepadanya.

Cuma doakan untuk kami agar memperolehi zuriat yang soleh dan solehah.

No comments:

Post a Comment