Thursday, January 10, 2013

BERURUT

Akhirnya baru ada kekuatan nak update blog ni. Actually, blog daily life pon terbengkalai. Hehe.

Selamat tahun baru semua!

Azam tahun baru saya, Insya Allah nak dapat baby. 

Sepanjang cuti lepas, adalah beberapa usaha yang aku buat untuk selesaikan masalah unknown infertility aku ni. Berurut yang before ni makcik tu kata rahim aku tinggi. Then, makan clomid, doktor tu kata, my ovum respons very well with it. Dos kecil tapi menghasilkan ovum yang memberangsangkan.

Then, aku pergi berurut dengan seorang Mak Yam di Yan, Kedah.

Masa sampai tu tak tau pulak kena bawa air mineral, susu kambing dan buah kurma. Berdesuplah suami dan ummi aku keluar ke pekan mencari pengeras-pengeras tersebut.

Mak Yam pun mula mengurut. Dia urut sebelah kiri dia tanya buang air besar ok ke tak. Aku cakap, lately ni ok. Tiap-tiap pagi melabur. Dia urut pulak sebelah kanan, terkekek-kekek aku gelak. Sekali dia cakap,

"Ni geli ni kira ok la.. Kira ada nafsu la ni..."

Ya Allah, malu pulak... kalau aku tau itu jawapannya, sanggup aku tahan gelak.

Makcik tu cakap, sebelah kanan perut adalah tempat nafsu dan sistem peranakan kita.

Dah habis urut, Mak Yam kata semua ok. Sistem peranakan aku takde masalah.

Pastu, dia ada la bagi kitorang ceramah rumahtangga sikit which are apa yang dia cakap tu semuanya berkaitan. Dia ni macam ada sixth sense je tau. Nasihat-nasihat dia tu mmg kena batang hidung.

Dia siap cakap... " Ni kena rajin sikit ni...."

Tu aku tak nak eloberate lebih-lebih la... :P

Sebelum balik tu, Mak Yam bagi daun inai yang dah dijampi dengan ayat Al-Quran. Balik rebus dan minum airnya. Susu kambing Hi-GOat, air mineral dan kurma yang juga telah dijampi. Semua tu dia suruh blend dan minum berkongsi dengan suami. Suami minum sikit pun takpe. Isteri kena minum banyak.

Itu usaha aku yang pertama sepanjang cuti sekolah. 

Next usaha will be in next entry.

Saturday, December 1, 2012

USAHA

Antara usaha aku untuk sebagai TTC-an.

3 months after marriage aku ada buat check up kat Wisma Maria, JB. Masa tu CD8 rasanya. So, doktor scan dan buat segala analisis, doktor sahkan aku boleh pregnant.

Kos : RM150 termasuk pap smear,

Alhamdulillah. Syukur.

Dan teruskan kehidupan sebagai suami isteri yang berjauhan kembali. We met only on school holiday. Terseksa zahir dan batin ok. Kadang-kadang tu benda kecil pun nak sensitif berlebihan. Cemburu tu mmg ada.

Masa tu dah set dalam kepala kalau orang tanya kenapa masih belum bertiga? Alasannya JAUH.

2012 buka lembaran baru untuk kami. Selepas setahun tidak tinggal sebumbung, akhirnya dapatlah tinggal sebumbung. Walaupun husband terpaksa berulang alik jauh, on the other side, he got a lot of priority. :)

Dah nak penghujung 2012 pun aku masih belum "berisi". Adik-adik sendiri dah siap bersalin, dan mengandung kali kedua. Biras dan adik ipar pun macam tu jugak. Kami? Masih berdua. Frust dan sedih juga. Tertanya-tanya apatah lagik.

Dalam bulan September tu aku pergi berurut. Makcik tu cakap rahim aku terkedalam. Boleh dapat anak tapi lambat. Bukanlah aku gelojoh sangat nak anak tu. Tapi memikirkan tentang umur kami suami isteri yang makin meningkat.

Selesai berurut bincang dengan husband untuk jumpa Gynea. So we find and choose one of Gynea in Miri. Dia bagi makan clomid dan suntikan untuk mengeluarkan telor.

Aku makan clomid dua cycle tapi usaha masih juga gagal.

Kos rawatan dalam tahun 2012 adalah...

Berurut : RM50
Appointment 1 : RM150 ( RM120 consultation + RM30 for clomid)
Appointment 2 : RM310 ( RM120 consultation + RM160 for injection + RM30 for clomid next cycle)
Appointment 3 : RM310 ( RM120 consultation + RM160 for injection + RM30 for clomid next cycle)

Dua cycle tak berjaya, I stop clomid by my own.

Lepas aku buat research online, bacaan dan call LPPKN. Make sense jugak bila diorang cakap, selalunya buat HSG test dulu dan segala jenis check up untuk tahu tahap kesihatan bakal ibu. Tapi aku ni terus makan clomid dan terus menunggu. Aku rasa tak make sense sbb aku rasa wasted. Dr awal jumpa Gynea lagi aku dah mengadu kat husband pasal nak buat HSG dulu tu. Tapi husband cakap, dia doktor dia tau. Apepe kena la ikut prosedur.

Aku pun ikut ajela.

Apepepun, aku nekad nak buat HSG test ataupun  laparoscopy.

Balik semenanjung, cuba call sesiapa yang patut.Malangnya LPPKN tak dapat nak handle our case sebab kitorang kejap je kat semenanjung. And derang suggest pergi buat kat hospital government. Takpa lambat, asalkan diorg boleh monitor and dekat dengan tempat tinggal.

Untuk yang ini, I salute LPPKN sebab banyak membantu dan beri info. At least, they convince me to go to government hospital with a valid reason.

Since LPPKN tak dapat nak buat HSG juga sebab diorg ikut prosedur. Lagipun aku faham, diorg banyak patient. Takkan nak layan aku sorang je kan.... Akhirnya me and husband decide pergi private hopsital KPJ.

Jumpa Dc. Mohan.

He said, kalau aku datang awal dia nak suggest buat IUI terus. Tapi dia bagi another option which are HSG Test or Laporascopy.

Bercahaya la mata aku ni sebab itu yang aku nak. Before clomid, IUI dan segala mak nenek rawatan. I want to check my own condition walaupun mak bidan semua kata rahim aku ok. Its just about time katanya. Allah masih belum beri rezeki tapi dia beri rezeki kat tempat lain.....

On that day pun dah kena RM155 for consultation and scanning.

So, my next appointment with Gynea at KPJ will be on 4th December for HSG Test. Orang cakap sakit. Ada yang cakap tak sakit... tapi aku berharap aku kuat dan dapat menahan kesakitan itu. Doakan semuanya dalam keadaan baik....






Monday, November 26, 2012

NATURALLY

My second cycle of clomid. Failed.

Frustrated?

Tak jugak sebab dah kira-kira dan dah ready. Sehari sebelum due dah bagitau husband cepat2. Hehe. So, ngam-ngam 28 days terus period.

So, for the time being aku stop sementara waktu clomid. I decided untuk cuba conceive naturally.

Why naturally?

Sbb aku mula yakin dan percaya serta sedar, rezeki itu dari Allah SWT. Jika Allah SWT kata belum, maka belumlah. Setelah bermuhasabah diri, berfikir panjang, menilai diri, ingat balik setiap rawatan yang telah diusahakan, this is my decision. Tapi tak sure sampai bila. Cuma, kalau boleh aku nak buat HSG to check my tube condition. Untuk kepuasan hati.

Selain tu, aku ada berurut dengan seorang bidan di kampung abah aku. Sebelum mengurut banyak yang diceramahkan oleh makcik tu. Most of it, berkaitan dengan Islam dan ingatan kita terhadap Allah. Makcik pesan supaya aku muhasabah diri. Makcik cerita macam-macam tentang kekuasaan Allah. Makcik juga cakap, mungkin ada banyak sebab dan hikmah Allah belum beri aku rezeki zuriat, sedangkan rezeki yang melimpah ruah dia beri kat aku pada bahagian lain. Makcik juga beritahu, zuriat yang baik, Allah beri hasil dari kasih sayang yang mendalam. Makcik juga pesan, segala yang tak baik, yang buruk dan yang panas-panas hati tu sila buang.

Dari semua yang makcik cerita dan pesan tu lah aku mula berfikir panjang. Allah. Ini semua kerja Allah. Cuma aku lega sebab at least aku ada usaha. At least aku tahu my condition.

Yang menariknya, makcik tu cakap sistem peranakan aku normal dan dalam keadaan baik. Nafsu pun makcik tu kata ok. Amek kau... nafsu tu pun makcik tu tau ok! Haha. Lagi satu, dia tak sebut pun pasal RU. Aku tunggu-tunggu juga ayat dia, sampai aku sendiri tanya tentang keadaan sistem peranakan aku. Makcik tu cakap takde apa, semua ok. Cuma Allah belum nak bagi.

Masa tu, leganya tak dapat nak digambarkan. Aku tahu aku boleh conceive. Aku subur sebab belum ada lagi laporan penyakit kronik yang menganggu sistem peranakan aku selama ku buat rawatan.

Syukur Alhamdulillah.

Positive mind is the key word.

Yakin dan percaya dengan Allah.

Saturday, November 10, 2012

TVS ON 2ND CYCLE

Hasil TVS mendapati ada dua ovum matang di ovari sebelah kanan.

Nampaknya ovari kiri tidak bekerja untuk cycle kali ni.

Usaha dan terus berusaha.

Alhamdulillah dah cuti sekolah. I really cant wait to go back to my hometown. Harapan untuk cycle kedua ni berjayalah, tapi being me, still think of back up plan. Balik ni memang nak sangat-sangat terus pergi LPPKN untuk buat full check-up. Kalau doktor suruh proceed with IUI pun I dont mind since the cost masih dalam budget yang sesuai. Around 1K+.

Kalau orang beritahu kenapa aku sanggup spend sebanyak tu? Because I want my own child with my beloved husband.

Tak nak husband kesunyian tidur sepanjang hari. Nak bagi dia merasa tengok dan menjaga anak sendiri.

Actually aku nak check jugak kalau tube fallopio aku ni tersumbat ke tak. Sebab ovari memang menghasilkan ovum, tapi kenapa sperm tak jumpa-jumpa lagi kekasih hati dia tu....

Hari tu dah tanya specialist kat Miri ni. Cost untuk HSG sahaja dah mencecah RM650 sedangkan yang aku baca-baca pengalaman orang lain, it cost RM200 je pun kat private hospital. Sebab kat semenanjung banyak pilihan kan?

Takpela. We'll see next.

Monday, November 5, 2012

RAHSIA

Rahsia aku pecah.

Ramai je tau aku pergi jumpa doktor pakar sakit puan tu. Memang aku yang bagitau aku pergi MCMC tapi tak perlu la kot kan bagitau semua orang tujuan aku pergi tu sebab apa.

Somehow, kecik hati jugak. Tapi abaikan.

Disebabkan itu, sampai ada orang tanya kenapa aku kena pergi?

"Yerla... sebab dia kan nak mengandung............."

Huh! Nangis lagi dalam hati. Senyum pahit.

Sedih. Sedih. Sedih. Rasa kerdil sangat diri ini. Rasa macam susah nya nak cari orang yang boleh kita trust dan tempat untuk kita mengadu segala.

"Kau tu normal cuma belum ada rezeki je lagik...."

Alhamdulillah, setakat aku jumpa doktor ni semua dalam keadaan baik kecuali kedudukan rahim yang tak sama macam orang lain. Kedudukan rahim yang perlukan sperm penuh tenaga dan berenang dengan amat laju sekali. Nasib aku tak sama macam orang lain yang senang. Minta je dapat. Minta je dapat. 

Kangkang je jadi baby. Kangkang je jadi baby.

Sorry for the harsh words tapi sebab hati terluka sangat.

Lagi sebab aku pergi jumpa doktor because I care about myself. Sedar wanita ni banyak risiko. Di samping usaha untuk pregnancy, aku juga buat check up untuk segala penyakit berisiko bagi wanita. Mencegah lebih baik dari mengubati kan?

Dulu, ada doktor diagnose aku ada cyst. Tapi cyst tu bersifat sementara. Bila aku period, dia akan keluar bersama period tu. Alhamdulillah tak serius dan at least aku tahu my condition. Masa tu pun period sangat tak teratur. Cycle kadang-kadang sampai 50 hari. Alhamdulillah sekarang ni dah normal cuma sekali je masa cuti sekolah hujung tahun lepas tak period langsung. Sekali, sampai ke Miri terus period. Kecewa masa tu. Biasalah, menaruh harapan tu dah pasti. Hehe.

Oklah. Hari ni CD12. Time to see Doctor Lee.

Semoga ada telor yang sihat untuk berjumpa dengan sperm. Mrhusband tu pun dok pulun simpan sperm. Eksyen dia dua tiga malam ni. Hehehehehehehe...............


Sunday, November 4, 2012

TERCABAR

My good friend get pregnant and it was a plan pregnancy.

I was too excited of course.

Tapi, tetiba rasa down bila satu hari sesuatu kejadian menusuk kalbu berlaku.

Aku dah selesai solat dan dalam masa yang sama datang seorang kawan ni. Tengah aku bersiap-siap nak keluar, dia pula tengah memakai telekung dan bersuara.

"Betul dot dot dot pregnant. Masin mulut kita."

Aku ye kan aje.

Selama ni pun aku and my good friend dah discuss about this and I know she will get pregnant dengan izin Allah.

Melangkah je aku keluar dari pintu, dia cakap lagik.

"TERCABAR TAK?"

Berdentum guruh di langit. Menangis hati ini. Rasa down sangat lepas tu. Tak perlu kot gunakan ayat tu untuk aku. Aku nak tercabar dengan my own good friend buat apa?. Pregnancy bukan satu perlumbaan walaupun aku antara yang berusaha. Walaubagaimanapun, segalanya atas kehendak dan izin Allah jua adanya.

Aku selalu percaya. Tahun ni belum rezeki aku untuk menerima cahaya mata. Tetapi Allah beri aku pelbagai ganjaran, kemudahan, kemewahan dalam setiap nafas aku di bumi ini. Dia murahkan rezeki aku dengan benda lain.

Actually sampai ke hari ini rasa sentap tu masih ada.

Sabar. Sabar. Sabar.

Aku tak rasa tercabar, aku nak pregnant sebab aku memang nak ada zuriat sendiri. Titik.

Thursday, November 1, 2012

FINAL DAY CLOMID CYCLE 2

Akhirnya selesai dah proses makan ubat tiap-tiap malam. Malam tadi lah yang malam terakhirnya.

Apa yang aku perasaan bila makan clomid ni, cycle period aku jadi singkat. 6 hari je dah clear. Kalau tak, dalam 8-10 hari.

This time makan clomid pun tidak ada apepe effect. Tidak sakit kepala, mahupun mood swing. Cuma ada la past few days geram kat mrhusband. Hehe. Biasalah kan?

So, my next appointment dengan Doc. Lee will be on Tuesday. Kita tengok ajer la nnt ada telur ke takde telur? I wish ada. I wish juga tetiba doktor kata, u pregnant la.... Blood yang keluar tu adalah biasa. Bestnya berangan kan.

Er. Orang pregnant bole ke makan Clomid?