Sunday, November 4, 2012

TERCABAR

My good friend get pregnant and it was a plan pregnancy.

I was too excited of course.

Tapi, tetiba rasa down bila satu hari sesuatu kejadian menusuk kalbu berlaku.

Aku dah selesai solat dan dalam masa yang sama datang seorang kawan ni. Tengah aku bersiap-siap nak keluar, dia pula tengah memakai telekung dan bersuara.

"Betul dot dot dot pregnant. Masin mulut kita."

Aku ye kan aje.

Selama ni pun aku and my good friend dah discuss about this and I know she will get pregnant dengan izin Allah.

Melangkah je aku keluar dari pintu, dia cakap lagik.

"TERCABAR TAK?"

Berdentum guruh di langit. Menangis hati ini. Rasa down sangat lepas tu. Tak perlu kot gunakan ayat tu untuk aku. Aku nak tercabar dengan my own good friend buat apa?. Pregnancy bukan satu perlumbaan walaupun aku antara yang berusaha. Walaubagaimanapun, segalanya atas kehendak dan izin Allah jua adanya.

Aku selalu percaya. Tahun ni belum rezeki aku untuk menerima cahaya mata. Tetapi Allah beri aku pelbagai ganjaran, kemudahan, kemewahan dalam setiap nafas aku di bumi ini. Dia murahkan rezeki aku dengan benda lain.

Actually sampai ke hari ini rasa sentap tu masih ada.

Sabar. Sabar. Sabar.

Aku tak rasa tercabar, aku nak pregnant sebab aku memang nak ada zuriat sendiri. Titik.

No comments:

Post a Comment