Monday, November 26, 2012

NATURALLY

My second cycle of clomid. Failed.

Frustrated?

Tak jugak sebab dah kira-kira dan dah ready. Sehari sebelum due dah bagitau husband cepat2. Hehe. So, ngam-ngam 28 days terus period.

So, for the time being aku stop sementara waktu clomid. I decided untuk cuba conceive naturally.

Why naturally?

Sbb aku mula yakin dan percaya serta sedar, rezeki itu dari Allah SWT. Jika Allah SWT kata belum, maka belumlah. Setelah bermuhasabah diri, berfikir panjang, menilai diri, ingat balik setiap rawatan yang telah diusahakan, this is my decision. Tapi tak sure sampai bila. Cuma, kalau boleh aku nak buat HSG to check my tube condition. Untuk kepuasan hati.

Selain tu, aku ada berurut dengan seorang bidan di kampung abah aku. Sebelum mengurut banyak yang diceramahkan oleh makcik tu. Most of it, berkaitan dengan Islam dan ingatan kita terhadap Allah. Makcik pesan supaya aku muhasabah diri. Makcik cerita macam-macam tentang kekuasaan Allah. Makcik juga cakap, mungkin ada banyak sebab dan hikmah Allah belum beri aku rezeki zuriat, sedangkan rezeki yang melimpah ruah dia beri kat aku pada bahagian lain. Makcik juga beritahu, zuriat yang baik, Allah beri hasil dari kasih sayang yang mendalam. Makcik juga pesan, segala yang tak baik, yang buruk dan yang panas-panas hati tu sila buang.

Dari semua yang makcik cerita dan pesan tu lah aku mula berfikir panjang. Allah. Ini semua kerja Allah. Cuma aku lega sebab at least aku ada usaha. At least aku tahu my condition.

Yang menariknya, makcik tu cakap sistem peranakan aku normal dan dalam keadaan baik. Nafsu pun makcik tu kata ok. Amek kau... nafsu tu pun makcik tu tau ok! Haha. Lagi satu, dia tak sebut pun pasal RU. Aku tunggu-tunggu juga ayat dia, sampai aku sendiri tanya tentang keadaan sistem peranakan aku. Makcik tu cakap takde apa, semua ok. Cuma Allah belum nak bagi.

Masa tu, leganya tak dapat nak digambarkan. Aku tahu aku boleh conceive. Aku subur sebab belum ada lagi laporan penyakit kronik yang menganggu sistem peranakan aku selama ku buat rawatan.

Syukur Alhamdulillah.

Positive mind is the key word.

Yakin dan percaya dengan Allah.

No comments:

Post a Comment