Monday, November 5, 2012

RAHSIA

Rahsia aku pecah.

Ramai je tau aku pergi jumpa doktor pakar sakit puan tu. Memang aku yang bagitau aku pergi MCMC tapi tak perlu la kot kan bagitau semua orang tujuan aku pergi tu sebab apa.

Somehow, kecik hati jugak. Tapi abaikan.

Disebabkan itu, sampai ada orang tanya kenapa aku kena pergi?

"Yerla... sebab dia kan nak mengandung............."

Huh! Nangis lagi dalam hati. Senyum pahit.

Sedih. Sedih. Sedih. Rasa kerdil sangat diri ini. Rasa macam susah nya nak cari orang yang boleh kita trust dan tempat untuk kita mengadu segala.

"Kau tu normal cuma belum ada rezeki je lagik...."

Alhamdulillah, setakat aku jumpa doktor ni semua dalam keadaan baik kecuali kedudukan rahim yang tak sama macam orang lain. Kedudukan rahim yang perlukan sperm penuh tenaga dan berenang dengan amat laju sekali. Nasib aku tak sama macam orang lain yang senang. Minta je dapat. Minta je dapat. 

Kangkang je jadi baby. Kangkang je jadi baby.

Sorry for the harsh words tapi sebab hati terluka sangat.

Lagi sebab aku pergi jumpa doktor because I care about myself. Sedar wanita ni banyak risiko. Di samping usaha untuk pregnancy, aku juga buat check up untuk segala penyakit berisiko bagi wanita. Mencegah lebih baik dari mengubati kan?

Dulu, ada doktor diagnose aku ada cyst. Tapi cyst tu bersifat sementara. Bila aku period, dia akan keluar bersama period tu. Alhamdulillah tak serius dan at least aku tahu my condition. Masa tu pun period sangat tak teratur. Cycle kadang-kadang sampai 50 hari. Alhamdulillah sekarang ni dah normal cuma sekali je masa cuti sekolah hujung tahun lepas tak period langsung. Sekali, sampai ke Miri terus period. Kecewa masa tu. Biasalah, menaruh harapan tu dah pasti. Hehe.

Oklah. Hari ni CD12. Time to see Doctor Lee.

Semoga ada telor yang sihat untuk berjumpa dengan sperm. Mrhusband tu pun dok pulun simpan sperm. Eksyen dia dua tiga malam ni. Hehehehehehehe...............


2 comments:

  1. dear kak teh,

    akak dah kawen 2 tahun ke?
    nak share exp with my good friend kat opis ni.
    dia da 2 thn kawen tp x pregnant lagi.
    derang tinggal serumah, main mmg kerap. tp ye la rezeki blum ada. lps 2 thn jumpa pakar, makan ubat, check rahim etc. dia pun lasak juga mcm akak, jalan sana sini, lari2 semua. alhamdullilah mid year ari tu dia pregnant. akak jgn stress, kita usaha, doa. env akak tu mmg sentap. kitorg pasal kat pejabat tak de yg suka sentap org bab2 kesuburan ni. rezeki masing2 kan. akak buat tatau je. senyum jeeeee. kita tatau hikmah ALlah nak beri. mungkin bila lambat dpt anak, tapi once da dapat, senng nak beranak dan dia pun tak susahkan kita nak jaga & besarkan. just take it positively. mcm saya, xkawen, tp mls nak pening2 pale. lantak le org nak sibuk tanya. sbb saya tau Allah tu nak bagi yg the best kat saya. cheers!

    ReplyDelete
  2. Thanks Ruby.

    End of this month cukuplah 2 tahun...

    Thanks for your support. Kita masing-masing ada sisi sedih masing-masing kan? Tapi situasi yang berbeza. Your time will come soon and akak sentiasa doakan untuk awak...

    Thanks again to make me feel better...

    Hugs!

    ReplyDelete