Monday, October 1, 2012

CLOMID DAY 1 - 29 OKTOBER 2012

Nurse kat MCMC nasihatkan aku ambil Clomid at nite before sleep sebab kesannya akan sakit kepala atau mengantuk selepas makan. Kalau makan siang, it will effect my workdays.

Untuk hari pertama aku makan tu sebenarnya memang aku tengah sakit kepala. Makan pon tak berapa selera. Masuk angin sebab makan gulai umbut apataktaulah.

Lepas makan Clomid at 8 pm, golek-golek kejap atas katil terus zasst. Selamatlah diriku ke peraduan. Nyenyak sangat kot sampai mimpi bermacam2 siri.

Pagi esoknya, tunggu jugak kalau ada mood swing yang berlaku. But, nadaaaaaaaaaaa.... tidak mood swing nampaknya. Tapi macam rajin lah nak buat itu ini. Pagi-pagi dah masak lempeng dan kari daging. Pastu vacuum rumah, pastu cuci kereta, pastu tak tau nak buat apa dah. Onlinelah.Dah online pi keluar jalan dengan itu chenta hati.

Cuma ada la macam sentap2 sket. Tapi cakap sorang-sorang dalam hati pastu busy buat benda lain. Haha. Tu pun sebab yang sama. Sebab tak suka cara husband ajak keluar and geram sebab dia suuuuka sangat konker TV. Dah la asyik tukar-tukar channel. Pening kepala mak ni ok....

Sebenarnya, I am very happy with myself sebab sejak akhir-akhir ni berjaya mengawal emosi. Maknanya, I can accept my life and follow with the flows. Pastu malas nak fikir lebih-lebih. Merungut tu mmg ada but its all about workloadssss.

Berbalik kepada Clomid day 1.

Positif feedback sebab so far dalam keadaan baik kerana tiada siri mengamuk tak puas hati kat husband. Siap boleh nyanyi-nyanyi di mana sahaja. Alhamdulillah, Allah granted my wish. Semoga ini jalannya dan Allah perkenankan permintaan hambaNya ini.

Amin.

No comments:

Post a Comment